Thursday 4 February 2016

RAWATAN BUASIR




UBAT TAHAN SAKIT
UBAT TAHAN SAKIT
Pengubatan dengan ubat hanya bertujuan untuk mengurangi gejala buasir itu sahaja. Hal-hal yang biasa dicuba antaranya adalah rendam dengan air suam  selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository (anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu tertentu. Pencegahan rekurensi buasir atau hemorrhoid dilakukan dengan cara mengurangi tekanan di kawasan rektum dan meneran kerana konstipasi.

RUBBER BANDING (MENGIKAT DENGAN GETAH)

Ikatan dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir  ke kawasan yang tersepit dan akhirnya  kawasan tersebut akan mati dan terlepas sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama najis semasa membuang air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi ulcer dan mengambil masa seminggu untuk pulih semula.

                                                      DIIKAT DENGAN GETAH

Teknik ini adalah sangat sesuai hanya untuk buasir dalaman peringkat I dan II sahaja dan dapat dilakukan di bilik rawatan klinik sahaja. Buasir peringkat III, IV dan buasir luaran tidak boleh langsung dirawat dengan teknik ini.
RUBBER BANDING





INJEKSI SKLEROTERERAPY

Untuk mengecutkan  buasir dan pembuluh darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membrane mukosa di pangkal bonjolan buasir, cara ini hanya efektif untuk buasir berukuran kecil perengkat I.Untuk perengkat  2 hingga perengkat 4 dan buasir luaran, teknik ini tidak sesuai digunakan kerana terbukti kurang efektif.        
INJEKSI SKLEROTERERAPY


                                                                         

SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)

Peralatan kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super freeze’ bonjolan buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena nitrogen cair mati dan terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang pulih dalam 1 ke 2 minggu. Teknik ini efektif bila digunakan untuk buasir luaran (external) sahaja.

                                       SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)

KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR

Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid. Specialized Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga efektif untuk menghentikan perdarahan.

KESAN 5 MINITKelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan.

Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’ ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya fistula dengan menggunakan terapi ini.

KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR


HEMORRHOIDOLYSIS
GELOMBANG GALVANIC
Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman sahaja.

Teknik ini tidak boleh digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain itu memerlukan terapi lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang dikehendaki.



STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles surgery

Teknik rawatan menggunakan  ‘circular stapled’  ini adalah antara yang terbaru dan tidak begitu menyakitkan dan lebih cepat penyembuhan, Cuma masalahnya agak terlalu mahal. Pemotongan dilakukan dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm akan di buang dan di hubungkan semula dengan stapled  secara ‘circumferential’.

Disebabkan ‘circumferential cut’, kesemua buasir seolah-olah dirawat dengan terangkatnya keseluruhan ‘anal cushion’ sekitar 2.0cm. Cuma ‘skin tags’ dan buasir luaran tetap tidak hilang.  Komplikasi pendarahan, fibrous stricture of rectum, spasm of anal canal,  dan termasuk juga infeksi di dalam abdomen serta kebocoran rektum.

            STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY                                  ALATAN STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY





KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY

KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMYPembedahan buasir adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan. Kebanyakan pesakit mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan ataupun saudara yang pernah menjalani pembedahan haemorroidectomy menderita kesakitan bermingu-minggu selepas pembedahan terutamanya sakit yang amat sangat ketika membuang air besar dan selepasnya serta  ketidak selesaan untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6 minggu.

Pembedahan Haemorroidectomy ini adalah teknik yang biasa dilakukan dan ianya merupakan teknik ‘gold standard’ didalam rawatan buasir. Pembedahan buasir adalah dilakukan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan. Bahagian kulit yang di potong ini kebiasaannya tidak di jahit semula dan dibiarkan terbuka sahaja untuk proses pemulihan secara semula jadi berlaku.

PANGKAL BUASIR DAN SALURAN DARAH DIIKATPangkal buasir dan beberapa sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan bagi menghentikan pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan pesakit terasa teramat sakit selepas pembedahan terutamanya hendak membuang air besar dan selepas nya. Ini disebabkan struktur dubur adalah dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’, sebarang jahitan atau ikatan akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika anal spchinter dibuka atau pun ditutup.

Luka yang terbuka ini akan sentiasa menyebabkan kesakitan dan juga mudah terdedah kepada risiko infeksi serta pendarahan. Jahitan kepada luka tersebut tidak digalakkan untuk mengelakkan terbentuk ‘abscess’ dan ‘anal stricture’.
LUKA TERBUKA



Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kesakitan pembedahan buasir, antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric knife’, ultrasonics machines dan laser tapi kesembuhan dan kesakitan tetap menjadi masalah utama.
ELECTRIC KNIFE

RAWATAN DENGAN LASER SAFUTE BEIM

RAWATAN LASER
Kesemua rawatan buasir diatas ada kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri, manakala Laser Safute mampu menawarkan rawatan yang terbaik dengan menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih dalam perawatan buasir.


Laser Safute BEIM membuat bonjolan tisu buasir menjadi kering, keras dan membeku dengan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement) sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun tertutup oleh kolagen yang dicairkan sehingga menyebabkan rasa sakit yang amat berkurangan.

KESAN MINIMUM
Doktor juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98% pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.


LASER SAFUTE BEIM





No comments:

Post a Comment